Monday, August 23, 2010

BERHENTI daripada berFIKIR & berCAKAP tentangnya…

Saya sudah tidak tahan lagi….
Saya sudah tidak sanggup lagi untuk melihatnya…
Saya merayu…
TOLONGLAH….
TOLONGLAH..
Tolonglah HENTIKAN pembuatan & penyebaran berita, gambar dan video mengenai pembuangan bayi.
Semakin banyak orang Islam berfikir dan bercakap mengenainya, kes ini semakin menjadi-jadi.
Cukuplah…CUKUPLAH….
Saya merayu..
BERHENTILAH daripada berfikir dan bercakap tentang kes ini. Kerana Allah memakbulkan setiap FIKIR & DOA kamu wahai orang-orang beriman. BERHENTI daripada memikirkan keburukan ummat.
MARI kita ALIHKAN fikiran dan percakapan kita kepada perkara yang baik mengenai ummat.
Bayangkan…
Orang-orang yang membuat kejahatan ini akan menjaga bayi-bayi mereka dengan penuh KASIH SAYANG.
Doakan…
Allah swt berikan HIDAYAH buat mereka yang melakukan kerja-kerja ini.
FIKIR, FIKIR, FIKIR…dan CAKAPkan perkara yang BAIK untuk ummat ini. Setiap FIKIR dan PERKATAAN kamu adalah DOA.
Daripada Abu Hurairah r.a katanya bahawa Rasulullah saw bersabda, Allah swt berfirman, “Sesungguhnya apa-apa yang akan Aku lakukan terhadap hambaKu adalah mengikut sangkaan hambaKu terhadapKu…” (H.R Imam Ahmad, Bukhari, Muslim dll)
BERHENTI daripada menyalahkan mana-mana pihak, kerana ia tidak akan mengubah apa-apa. APA YANG PENTING sekarang, kita perlu FOKUSKAN kepada tindakan yang boleh menghentikan kemaksiatan ini, tanpa mewar-warkan kemaksiatan tersebut.
“Sesiapa yang menutup keaiban saudara Islamnya, Allah swt akan menutup keaibannya di dunia dan di akhirat. Allah swt akan menolong hambaNya selagi hambaNya itu menolong saudaranya.”(HR Muslim)
Berhenti daripada menyalahkan kerajaan. Berhenti daripada menyalahkan pihak berkuasa. Berhenti daripada menyalahkan ustaz. Tanya diri sendiri, apakah yang boleh KITA lakukan sebagai orang awam?
Hazrat Abu Sa’id Al Khudri r.a berkata, bahawa saya telah mendengar rasulullah saw bersabda: ” Sesiapa antara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Sekiranya dia tidak mampu, hendaklah dia mengubahnya dengan lidahnya, dan kalau itupun dia tidak mampu, maka hendaklah dia mengubahnya dengan hatinya. Yang sedemikian itu adalah selemah-lemah iman.”
(HR Muslim, Tirmizi, Nasai & Ibnu Majah)
Saya percaya, kita semua pernah mendengar tentang hadis ini. Tetapi, sejauh mana kita sudah mengamalkannya? Tepuk dada, tanyalah diri sendiri. Oleh kerana kecuaian kita daripada menjalankan perintah Allah ini lah kemaksiatan ini berleluasa.
Seandainya kita tidak dapat mencegahnya dengan tangan mahupun lidah, sekurang-kurangnya, adalah ter-detik keriasauan di hati kita melihat kemungkaran itu, dan berazam untuk mengubahnya.
Dalam keadaan se-tenat ini pun, adakah kita masih sanggup melepaskan tanggungjawab amar makruf nahi munkar hanya di bahu ustaz-ustazah sahaja?
Tentu sekali tidak.
Kerana, kerja ini (amr makruf nahi munkar) bukanlah diberikan Allah kepada orang-orang yang alim sahaja. Tetapi, kerja ini adalah kerja KITAKerja UMAT NABI MUHAMMAD saw.
Firman Allah: “Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia (kerana) kamu menyuruh manusia berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang mungkar (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah” (Ali Imran:110)
Lihatlah di sekeliling kita. Anak-anak kita, adik beradik kita, jiran-jiran kita, saudara mara kita yang melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah swt dan menyumbang kepada zina, tarik mereka, bimbing mereka, didik mereka dengan penuh hikmah, agar mereka kembali ke jalan yang diredhai oleh Allah swt.
Dengan usaha anda, walaupun hanya berjaya membawa seorang sahaja pun ke jalan Allah swt,di sisi Allah swt ada ganjaran yang sangat BESAR.
Firman Allah swt:
“Wahai orang yang beriman, sekiranya kamu membantu (agama) Allah, nescaya Allah akan membantu mu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.” (Surah Muhammad: 7)
Mari kita BERSATU dan berganding bahu untuk mengajak manusia kepada kebaikan, dan mencegah manusia daripada kemungkaran. Dan ajaklah orang-orang lain untuk sama-sama melaksanakan kerja ini.
Ketahuilah bahawa, kerja ini (dakwah) adalah perintah Allah swt. Sama seperti perintah Allah swt kepada kita untuk ber-solat, ber-puasa dsb. Seandainya, umat Islam meninggalkan kerja ini, maka kita bimbang, azab Allah swt akan turun ke atas kita kerana kelalaian ini. Nauzubillahiminzaalik.
Daripada Hazrat Jarir bin Abdullah r.a berkata bahawa saya telah mendengar Rasulullah saw telah bersabda; “Sekiranya ada seorang lelaki sahaja pun yang melakukan maksiat dalam satu kumpulan dan mereka mampu mengubahnya tetapi masih tidak berusaha untuk mengubahnya, maka Allah swt akan mengenakan ke atas mereka azab yang pedih sebelum mereka mati.” (HR Abu Daud, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Al Asbhani dll)
Semoga kita dapat amalkan dan sampaikan ilmu ini kepada orang lain.

No comments: