Saturday, November 21, 2009

Kisah Bodoh & Bengang, tapi Lucu Pun ade

***KELUHAN SUAMI - KELUHAN ISTERI***

Keluhan seorang SUAMI:

Subuh, mandi nak pergi kerja.
Pagi, naik kereta pergi kerja.
Tengahari, tak payah kerja.
Petang, balik kerja.
Maghrib, tak ada kerja.
Malam, tanya bini bole kerja.
Bangun pagi, penat malam tadi kerja.
Tak sudah-sudah dengan kerja.


Keluhan seorang ISTERI:

Subuh basuh kain.
Pagi sidai kain.
Tengahari angkat kain.
Petang lipat kain..
Maghrib susun kain.
Malam BUKA KAIN.
Bangun pagi, hilang kain.
Tak sudah-sudah dengan kain


SUAMI KELUAR MASUK DISKO

Seorang ibu muda sedang mengadu pada temannya,

"Aku terpaksa minta cerai dari suamiku."

"Kenapa..?" tanya temannya kehairanan..

"Habis, hampir setiap malam kerjanya keluar masuk disko," jawab si ibu muda.

"OOOOhh, jadi suamimu itu kaki disko lah yer... ?" tanya temannya lagi.

"Bukan begitu...,sebenarnya dia ke sana mencari aku !" jawab si ibu muda.


KETURUNAN ORANG KAYA

Ada seorang Ibu sedang bercerita pada anaknya.
Ibu :"Dulu katanya keluarga kita adalah keluarga yang sangat kaya raya

dan kekayaan harta keluarga kita cukup untuk 7 turunan".
Anak :"Tapi, kenapa keluarga kita sekarang miskin sangat bu?"
Ibu (tersipu malu) : "Kerana kita ini keturunan yang ke 8





ANAK BERUANG KUTUB


Suatu hari di Antartika, seekor beruang kutub sedang duduk di salju dengan
anaknya. Tiba-tiba anak beruang bertanya,
"Ayah, apakah saya 100% beruang kutub?"

Ayah beruang itu menjawab,

"Tentu saja, Nak. Kamu 100% beruang kutub!"

Beberapa menit kemudian, anak beruang itu kembali bertanya,
"Ayah, katakan yang sebenarnya. Saya pasti bisa menerima kenyataan. Betulkah saya 100%
beruang kutub? Bukan beruang madu, bukan beruang coklat dan bukan beruang panda?"

Si Ayah beruang itu menjawab,
"Nak, ayah 100% beruang kutub, dan ibumu 100%
beruang kutub, jadi kamu juga jelas-jelas 100% beruang kutub."

Setelah beberapa menit berlalu, si anak bertanya lagi,
"Ayah, jangan berpikir kalau Ayah berkata jujur akan membuat saya sedih. Saya tidak
sedih. Saya cuma ingin tahu, apa saya benar-benar 100% beruang kutub?"

Ayah beruang mulai tertekan dengan pertanyaan-pertanya an anaknya. Kini dia
balik bertanya kepada si anak,
"Nak, kenapa kamu terus meragukan kalau kamu
memang 100% beruang kutub?"

Si anak beruang menjawab,
"Karena saya kedinginan!"



POSMEN

Seorang posmen yang datang menghantar surat .
" Assalamualaikum "
" Walaikumsalam "
" Ni rumah encik Sameon ye?
" Ya saya"
" Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni "
" Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?"



KISAH BULAN PUASA


"Lepas basuh pinggan, ikut Abah pergi masjid,"


kata Abah separuh memerintah.
Aku memandang kepada Emak. Emak angguk sahaja.

Maksudnya emak mahu aku ikut Abah solat subuh ke masjid. Jangan melawan.
Nampaknya, aku kena batalkan niat untuk sambung tarik gebar selepas kenyang bersahur..
Aku bonceng di belakang. Kami tidak pakai helmet. Kopiah sahaja.
Ganjil. Dalam cahaya suram menjelang subuh, aku lihat kubah masjid berada di tanah.
Bukan di bumbung masjid. Ajaib. Abah macam tidak nampak keganjilan itu.
Aku cuit bahu dia dantunjukkan ke arah kubah yang berada di tanah.. Mungkin kubah itu tengahsujud fikir aku.
"Kenapa?"
tanya Abah.
"Lailatuqadar, "
kata aku dengan jari masih menunjuk kepada kubah.
"Kepala otak engkau. Berapa lama engkau tak ke masjid?"

Tidak pasal-pasal aku kena marah. Rosak pengalaman suci aku ini.
"Diorang tengah renovate masjid la. Bumbung masjid bocor. Bodoh,"

sambung Abah memaki lagi.
Kalau emak ada di sini tentu dia angguk sahaja.
Terima sahajalah.Jangan melawan.
Kadang-kadang Abah lupa yang aku tidak duduk kampunglagi.
Aku cuma pulang untuk cuti raya.



MEE vs BIHUN




Bihun sangat cemburukan mee. Walau duduk di rak bersebelahan disupermarket, mereka tak pernah bertegur sapa.
Malah bihun sering mempersendaka n mee di depan umum,
"Dasar si kuning gemuk
ingat orangsuka sangat kat dialah tu!"

hari-hari berlalu
namun mee buat derk aje dengan segala kerenah dan hinaan bihun.
Sehingga satu hari pekerja supermarket mengalih rak mee ke tempat lain.
bihun gembira kerana tidak lagi melihat musuh tradisinya.
Hari berikutnya rak baru diletakkan di sebelah bihun, rak spaghetti.Bihun rasa marah dah berteriak;
"Hoi, si kuning gemuk! jangan fikir kobuat teknik rebonding camtu aku tak kenal ko!!!"


LINTAS JALAN



Radhi dan Khalid, dua orang anggota polis yang baru bertugas membuat rondaan
di suatu kawasan yang agak terpencil. tengah syok berborak tentang kerja,
tiba-tiba mereka terlihat ada seorang budak lelaki menangis di tepi jalan.
lalu mereka memberhentikan kereta berdekatan dengan budak tadi.
"Fasal apa adik menangis"
, tanya Radhi.
"Bagitaulah kat abang kalau-kalau abang boleh tolong"
,pujuk Khalid pulak.
Sambil teresak-esak budak tu berkata "Tadi sebelum saya keluar makdah pesan. kalau nak melintas jalan
tunggu kereta lalu dulu. masalahnya dari tadi sampai sekarang tiada sebuah kereta
pon yang lalu. Motorburuk ada laa..".

Mendengar penjelasan budak tadi,
radhi dan khalid hanya menggelengkan kepala. tak tau aper nak explain kat budak tue

Friday, January 2, 2009

Syirik dan kemudaratan dalam masyarakat

Rujukan daripada laman web jais

Syirik dan kemudaratan dalam masyarakat adalah perkara yang amat penting untuk difahami sebaiknya, kerana ada ketikanya tanpa disedari kita telah terheret sama dalam perbuatan syirik kepada Allah s.w.t., Nauzubillahi Minzalik.

Islam adalah agama tauhid untuk membantu sistem kehidupan manusia menjadi sempurna dan mengarah kepada mentauhidkan Allah s.w.t. Tauhid yang berasaskan keimanan kepada Allah yang Maha Esa ini, akan memberi kesan kepada jiwa dan tingkah laku dengan sentiasa berwaspada dari terjebak dalam godaan syaitan dan tidak menyeleweng ke arah selain beriman dengan Allah. Inilah inti pati dakwah yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. ketika diutus menjadi Rasul iaitu untuk membersihkan bumi Arab dari amalan syirik penyembahan berhala kepada mentauhidkan Allah s.w.t. yang Maha Esa.

Pembaca Sekelian,


Apakah itu Syirik?. Syirik adalah kata dasar Syaraka yang bermaksud : Menyamakan sesuatu dengan sesuatu dari segi bahasa. Manakala dari segi syarak bermaksud: Menyamakan Allah dengan sesuatu atau menyamakan sesuatu dengan Allah samada secara iktikad, perbuatan atau perkataan.

Syeikh Sulaiman bin Abdullah telah membahagikan syirik itu kepada empat bahagian iaitu Syirik Rububiyyah, Syirik Asma', Syirik Sifat dan Syirik Ubudaiyah

1. Bentuk Syirik Rububiyyah

* ialah mempersekutukan Allah dalam pentadbiran alam ini iaitu,

a. Pertama - Menafikan Allah sebagai pentadbir alam ini sebagaimana
ucapan yang dilafazkan oleh firaun yang termaktub di dalan Al-Quran yang bermaksud:

"(Firaun berkata) akulah tuhan kamu yang tertinggi".

-Al-Nazaat ayat 24-

b. Kedua - Mengiktiraf adanya kuasa selain Allah yang mengurus alam ini.


2. Manakala Syirik Asma' dan Sifat

* iaitu menyamakan sifat-sifat Allah dengan sesuatu yang lain, samada dalam bentuk tindakan atau percakapan. Ia juga terbahagi kepada dua bahagian iaitu,

a. Pertama - Menyamakan Allah dengan makhluk seperti pendapat yang mengatakan tangan Allah seperti tangan makhluk, pandangan dan pendengaran Allah sama seperti pendengaran manusia sedangkan Allah bersifat sempurna sebagaimana firmannya yang bermaksud:


"Dan tidak ada sesiapa pun yang setara dengannya".

b. Kedua - Menyatakan sifat Allah s.w.t. kurang atau lemah yang nyata bertentangan dengan sifat Allah s.w.t., yang lengkap lagi Maha Tinggi.

Pembaca Sekelian,


3. Syirik Ubudaiyyah

* iaitu syirik dari segi penyembahan yang banyak berlaku dalam masyarakat kita samada disedari atau tidak iaitu:

a. Pertama - Menyembah selain Allah. Meminta dan bergantung harap
kepada selainnya seperti meminta sesuatu kepada pokok, busut, kubur keramat, pantai dan lain-lain lagi. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

"Sembahlah Allah dan jangan kamu menyekutukan sesuatu pun dengan-Nya".
- An-Nisa' ayat 36 -

b. Kedua - Beribadat dengan tidak ikhklas (riak). Ia beribadat mungkin
kerana kepentingan diri, mencari nama, pangkat, pengaruh dan sebagainya. Ia juga disebut sebagai syirik kecil. Dalam satu peristiwa yang diriwayatkan oleh Ibnu Majjah dan Al-Hakim, seorang sahabat bernama Syaddadi bin Aus telah menemui Rasulullah s.a.w. pada suatu malam dan mendapati baginda sedang menangis, lalu ia pun bertanya :" Kenapa Rasulullah s.a.w. menangis?,. Baginda menjawab :" Aku takut umatku ditimpa syirik walhal mereka bukan menyembah berhala, tidak pula menyembah bulan dan matahari atau batu, hanya kerana mereka berlaku riak dalam mengerjakan amalan".

Pembaca yang dirahmati Allah,

Kebanyakkan ulama' seperti Syamsuddin Al-Zahbi dalam kitabnya Al-Kabair membahagikan syirik itu kepada dua bahagian iaitu syirik besar dan syirik kecil. Syirik besar menjadikan makhluk lain sebagai sekutu Allah dengan menyembah secara langsung seperti batu, matahari, pokok, manusia dan binatang. Pendapat ini disokong oleh Ibnu Qaumul Jawazi yang menyatakan bahawa orang yang melakukan perkara ini tidak akan diampun oleh Allah melainkan bertaubat dengan taubat Nasuha.

Syirik merupakan amalan yang berbahaya kepada umat Islam. Ia akan menyebabkan jiwa menjadi gelap dan hati menjadi mati. Ia juga akan mempengaruhi perilaku dan sikap individu. Ia akan menyebabkan manusia kehilangan pegangan dan kepercayaan terhadap Allah s.w.t. Malah telah dinukilankan dalam al-quran al-karim sebagai satu perbuatan yang amat zalim iaitu Zulmun Azimun. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

"Sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar".

-Luqman ayat 13 -

Selain merupakan satu dosa besar, ia juga tidak mendapat keampunan Allah s.w.t. sebagaimana ditegaskan oleh Allah s.w.t. dalam Al-Quran yang bermaksud:

" Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa (syirik) mempersekutukan-Nya (dengan sesuatu apa jua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut aturan syariat-Nya)".
- An-Nisa' ayat 48 -

Pembaca Sekelian,

Dalam masyarakat kita hari ini, terdapat beberapa perbuatan syirik tanpa kita sedari iaitu riak dengan menonjol-nonjolkan amalan yang dilakukan bermatlamat untuk dipuji oleh pemimpin, masyarakat dan peminat-peminatnya

"Barangsiapa yang memperdengarkan (amalannya), maka Allah
akan memperdengarkannya dan barangsiapa yang memperlihatkan (amalannya), maka Allah akan memperlihatkannya".

-Riwayat Al-Bahari -

Begitu juga apabila seseorang itu kurang mempercayai dan meragui kekuasaan Allah s.w.t., bahkan ia mengharapkan pula bantuan kuasa lain. Kita juga jarang menyebut dengan izin Allah s.w.t. tetapi biasa dengan perkataan jikalau, sekiranya atau kalau tidak. Perkataan ini merupakan kalimah negatif yang boleh mengurangi kepercayaan terhadap kekuasaan Allah s.w.t.

Contoh paling jelas, apabila seseorang yang ditimpa sakit, yang tiada harapan untuk sembuh, walau pun telah ramai doktor dan dukun cuba mengubatinya, namun masih gagal. Lalu ia berubat dengan salah seorang dukun dan ia telah pulih seperti sedia kala. Walaupun hanya dengan kata-kata yang tidak disedarinya dengan berkata:"Kalau bukan kerana dukun itu, sudah lama aku mati!". Pernyataan yang sedemikian boleh membawa kepada syirik.

Selain itu, dengan mempercayai kuasa-kuasa ghaib yang boleh memberi pertolongan. Penggunaan tangkal supaya menjadi kebal. Memuja dan membayar nazar pada kubur keramat, pokok besar dan keris adalah termasuk perbuatan syirik.Begitu juga ubat guna-guna untuk memperdayakan orang lain supaya tunduk dan mengikut kehendaknya. Dalam hal ini Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Sesungguhnya tawar jampi, tangkal azimat, ilmu guna-guna (ilmu pengasih untuk menambat hati suami kepada isterinya atau
hati isteri kepada suaminya) adalah syirik".


-Riwayat Abu Daud Imam Ahmad -

Oleh itu, kita sebagai umat Islam hendaklah berwaspada dan berhati-hati dalam sebarang perbuatan, tindakan dan percakapan kerana ditakuti boleh menjerumuskan kita kedalam amalan syirik. Malah ada ketikanya ia berlaku tanpa kita sedari hingga merosakkan unsur-unsur tauhid yang murni dan memandu kita kejalan yang benar. Ingatlah bahawa ketaatan yang paling tinggi adalah tauhid dan kemaksiatan yang paling besar adalah syirik.

Ya-Allah, kurniakan kerahmatan dan keselamatan, penjagaan dan perlindungan, kesuburan dan penghasilan, keatas negera kami, Malaysia. Jadikan rakyatnya bersatu-padu,berilmu pengetahuan dan berakhlak mulia. Lindungi kami daripada persengketaan,perpecahan, fitnah-memfitnah dan bencana alam. Semoga dengan demikian Negara Malaysia dan rakyatnya bertambah makmur dan berkat.