Sunday, December 14, 2008

Rahsia Keperibadian Di Sebalik E-mel Seseorang


1. Gunakan Nama Penuh

Sekiranya dia menggunakan nama alamat emelnya dengan nama penuhnya
contohnya nurhanis_alias@yahoo.com

  • Ia menggambarkan bahawa dia seorang yang penuh tanggungjawab
  • tidak suka berahsia
  • Dia juga boleh dipercayai dan jujur dalam setiap perbuatannya
  • Tapi ingat ,jangan cuba hendak memperlekehkannya.


2. Nama Depan Dan Tengah

Dia menggunakan alamat emelnya sebagai amirhanif@yahoo.com iaitu nama awal dan tengah tanpa nama bapanya.
Contoh: Amir Hanif Abdullah.

  • Ia menunjukkan bahawa dia seorang yang sangat menghargai dirinya sendiri dan
  • sanggup ketepikan hal orang lain demi kepentingan sendiri
  • dia juga berani untuk tampil di khalayak ramai dan mengeluarkan pendapat dengan lantang.


3. Nama Dan Tahun

Contoh: FaraH2003@yahoo.com

  • Dia dikatakan seorang yang mempunyai ego yang tinggi
  • Pantang sesiapa yang cuba menentang pendapatnya.
  • Selain itu dia juga tidak sukakan komitmen dalam jangka masa terdekat ini.
  • Kewujudan tahun di akhir nama seolah olah memperlihatkan dia tidak luas pandangan.
  • Pendek kata dia juga menunjukkan .. pegangan yang mudah berubah-ubah.



4. Nama Samaran

Hehheh... ramai yg suka buat email begini..
Contohnya funny_girlz@yahoo.com

  • Dikatakan seorang yang gemar hidup dalam khalayan hingga kadangkala menyusahkan orang lain.
  • dia disukai ramai kerana sifat humor yang dimilikinya membuatkan orang selesa berada di sisinya.
  • Jika diasah dia boleh menjadi pemimpin dengan gaya yang tersendiri.


5. Nombor Dan Abjad

Nama diwakili dengan nombor +abjad sahaja
Contoh: wbi1208@yahoo.com

  • Ia menggambarkan seorang yang bersikap tertutup
  • memerlukan masa yang agak lama sebelum mampu "membuka" dirinya kepada seseorang.
  • Itupun jika kepercayaannya mampu diraih. Jika tidak ... kirim salam sahajalah..

No comments: